Dua minggu sebelum mula kerja, aku mula mengepam untuk buat stok dan ajar Khayra guna botol. Aku ikut cara-cara bagi susu perahan yang aku belajar kat info ibu hamil macam jadual kat bawah tu bermula dengan kuantiti paling sedikit dahulu, 0.5oz. Kalau ikutkan dia ajar tak boleh guna puting susu bawah 6 bulan, sebab takut nipple confuse dan kemungkinan anak akan reject direct feeding. Tapi sebagai ibu bekerja, perlu untuk anak aku guna puting susu dan minum susu perahan melalui botol sepanjan 10 ke 12 jam aku bekerja nanti. Sebab tu ditekankan dua bulan masa tempoh berpantang kita gantung pam dan df sepenuhnya untuk bonding time dengan anak, bila dah kerja, masa kita dah terhad, huhuhu sedih tau. Untuk hasil pam dipermulaan agak lumayan jugak dan penerimaan Khayra terhadap botol pon positif, senang hati masa tu, harapannya nanti dekat pengasuh pon Khayra behave la.
Diawal aku pam konon-kononnya nak buat stok susu tu sebenarnya tak buat pon sebabnya kat rumah mak aku dan kat rumah kat Melaka hanya ada peti ais satu pintu. Susu paling lama tahan dalam peti sejuk 1 pintu hanya 2 minggu, maka masa tu aku lebih fokus pada nak ajar Khayra minum botol, stok belakang kira. Aku balik Melaka tiga hari sebelum masuk kerja, masa tu la aku buat stok. Peti ais tu la jadi saksi hari-hari aku dok tenung dia, kadang-kadang ada masa aku tersenyum kadang-kadang ada masa aku menangis. Bayangkan selama 1 tahun 5 bulan ni, aku tak pernah ada stok untuk simpanan dalam deep freezer, tapi keyakinan untuk bagi yang terbaik untuk anak aku mengatasi kegusaran dalam hati.
14 Julai adalah tarikh hari aku mula kerja, genap umur Khayra 2 bulan 7 hari masa tu, berdebar sangat hati ni hanya Tuhan ja tahu. Ni antara tips yang aku belajar untuk memudahkan pengasuh handle dan sokong susu ibu,
1. Letak susu ngam-ngam per feeding untuk baby minum setiap sesi, boleh elakkan pembaziran kalau tak habis (Khayra start 1.5oz sepatutnya 2oz, tapi sementara dia nak serasi dengan pengasuh dia kurang minum lepas dua minggu baru ok).
2. Elakkan bagi bekal susu dalam plastik, kalau memang stok dari dalam plastik pindahkan siap-siap dalan botol.
3. Letakkan nombor ikut turutan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di bahagian atas botol, tak payah pengasuh susah-susah nak fikir bab FIFO.
4. Frozen ebm pastikan cair dulu masa bagi kat pengasuh agar mudah nak panaskan dan tak makan masa yang lama.
5. Bekalkan 1 botol selang 1 jam, jadi pengasuh tak pening bila masa nak bagi susu dan dapat bajet masa untuk panaskan susu siap-siap sebelum sesi.
Alhamdulillah semuanya baik-baik dan berjalan lancar, aku bersyukur teramat sangat dapat pengasuh yang teramat serasi. Dari 2 bulan hingga la 6 bulan begitulah rutin aku setiap hari untuk bekalkan dan kendalikan susu untuk Khayra. Kenapa aku cakap hingga 6 bulan saja, sebab lepas 6 bulan ada tambahan makanan dan air kosong pulak, tapi untuk susu masih sama je.
Panjang-panjang aku cerita itu hanya untuk bawak bekal Khayra di rumah pengasuh, persediaan untuk aku mengepam kat tempat kerja pon ada jugak tau. Ni baru nak cerita bahagian aku pulak. Ada dua cooler bag yang aku perlukan untuk penyimpanan susu, satu yang warna hijau untuk Khayra ke rumah pengasuh, sangat sesuai sebab ada dua bahagian bawah aku letak susu, atas pulak bekalan makanan. Dua yang warna hitam, beg ni memang sangat tak nampak macam beg alatan menyusu, hehehe sesuai sangat la. Bahagian depan aku letak moto pam, bahagian dalam letak ice brix, ice pack, storage bottles dan part pump.
Ok dah selesai, macam tu la ceritanya hehehe. Aku ingat lagi masa dekat-dekat nak due lahirkan Khayra, nurse dekat klinik dekat kampung aku ada tanya, awak dah siap sedia ke untuk nak menyusukan anak nanti. Masa tu aku jawab, dah saya dah beli semua dah. Sekali aku kena sound dengan nurse tu, untuk menjayakan penyusuan lengkap dua tahun ni bukan mudah hanya sekadar beli alatan ja ilmu kena cari untuk memastikan tak terkandas di pertengahan jalan. Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan nurse tu, dia memang pembimbing rakan laktasi untuk klinik tu kalau tak silap. Dia suruh aku masuk group bimbingan penyusuan untuk negeri Perlis. Dari situ pa bermulalah misi aku menimba ilmu hingga sekarang misi masih diteruskan, yeaaahhhhhh..