Mai tang bab persalinan yang paling aku rasa, rendah diri sikit...Sebelum ni, aku dah tekad, baju aku nak ikut buat yang aku selesa pakai dan sederhana..encik suami pun setuju, tapi last-last minutes aku di duga dengan macam-macam perasaan..dan dari segi mental pulak teramat-amat kuat diuji sampai memang sedih yang amat la..orang terdekat langsung tak membantu, nak kondem kuat lagi ada aa....so, b2b, mental kena kuat tau, dah buat keputusan, teruskan jangan termakan dengan kata-kata orang..nanti kita yang pening..
Aku tempah dengan sorang akak ni, aku jumpa kat internet...kebetulan dia orang Perlis jugak, memang senang la..RM470, baju, veil dengan tudung, kain semua dia sediakan, detailing manik pon semua dia yang jahitkan kat baju dan veil..untuk encik suami, beli baju melayu kat jakel ja, RM150..untuk set tanjak RM65, kasut RM75..tak lupa jugak, crown RM45 dan kasut aku RM103..
Dan inilah kami dihari perkahwinan...Alhamdulillah, cuaca baik semuanya...seminggu sebelum majlis memang hujan memanjang..risau sangat..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..
Jumlah semua untuk hari perkahwinan kami, RM900
hye b2b... jom tengok instagram saya @gobokchermincreations...
ReplyDeletesaya ada buat perkhidmatan buat baju, tudung, veil dan solekan... cubalah tengok,mana tau kalau berkenan kan...