Tiba-tiba teringat kenangan aku dengan UPT, tersenyum sendiri bila ingat balik. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti mengidamkan zuriat, begitu juga aku. Desember 2014 aku dan suami diijab qabul dan diraikan dalam majlis walimatul urus kami yang berlangsung di kampung kami, Perlis. Selepas seminggu bergelar suami isteri, bermulalah pjj kami, suami ke Sarawak aku di Melaka.
Sedihnya hati tak tertahan-tahan, iyalah dah berkahwin tapi tak boleh duduk sekali. Namun aku sibukkan diri dengan kerja untuk buat diri ini lupa. Tanggal tarikh period yang pertama, aku period. Sedihnya, ingat nak bunting pelamin tapi bukan rezeki nampaknya buat aku. Bulan demi bulan berlalu, dapat bertemu sekali sebulan itu sudah paling bersyukur buat kami, ialah tambang flight ke Sarawak balik semenanjung mahal kan.
Begitu jualah rutin bulanan aku dengan UPT, dan keputusan setiap bulan itu pasti mengecewakan hati. Sampai satu masa, kawan yang sama-sama kahwin dah mengandung mesej tanya dah berisi belum. Sedih yang amat sangat masa tu, sampai terfikir, aku gemuk sangat ka susah nak lekat ni. Cerita kat mak, mak nasihat tak apalah belum ada rezeki, lagipon sekarang pun duduk asing-asing, biar berumah tangga elok-elok, nanti Allah bagi la rezeki.
Dari bulan Januari ke bulan Februari masuk pulak bulan March kemudian bulan April dan bulan Mei, khabar gembira tak juga kunjung tiba. Allah itu Maha Mendengar, setelah 6bulan aku dan suami berjauhan dipisahkan Laut China Selatan, Allah makbulkan doa aku dan suami untuk posting ke semenanjung, dapat Melaka lagi tau. Alhamdulillah, syukur yang amat. Masa tu reda sikit bab naluri nak anak, sebab gembira sangat dengan rezeki suami dapat balik semenanjung.
Julai, suami officially duduk Melaka dan kami menyewa sebuah rumah sewa yang menjadi mahligai rumah tangga kami. Bahagianya dapat menjadi suri dalam rumah tangga. Ketika itu di akhir bulan puasa, seronok sangat dapat pergi bazar sama-sama, kerja pon ada yang hantar dan ambik. Bila raya tiba, hati sedih bila mana saudara mula bertanya, belum ada isi lagi ke, soalan yang teramat pedih untuk dihadam membuatkan aku jadi teramat sensitif.
Alhamdulillah, suami sangat memahami, setiap kali diajukan soalan tu kepada aku, suami akan datang genggam jari erat-erat dan jawab in shaa Allah, doa-doa lah ye bagi rezeki kami cepat. Selepas raya, kami kembali ke Melaka, suami memulakan tugas di unit baru dan aku dengan kerjaku. Hari-hari aku sibukkan diri dengan kerja, sebenarnya period aku last masa bulan puasa (Julai), jadi berdebar menanti bulan Ogos.
Awal Ogos, masihku ingat, aku puasa ganti, 4 Ogos satu jam sebelum berbuka aku dapati ada sedikit darah di panties. Dengan hati yang sedih aku pon buka la puasa, aku selindungkan rasa sedih dari encik suami, konon-kononnya aku sedih sebab tak dapat terus puasa lagi 1 jam je, sedangkan kat hati ni sedih sebab period. Yang buat aku tertanya-tanya, lepas pada darah tu memang dah tak ada apa-apa. Musykil betul, aku period ke, atau implantation spotting ni, hatiku berbunga kembali.
Aku diamkan perasaan tu dari encik suami, hingga hujung bulan Ogos aku buat UPT, kami sama-sama menanti keputusan UPT tersebut, namun hanya ada satu garisan sahaja. Kecewanya aku ketika itu hingga menitis air mata. Ya Allah, bilalah akan sampai giliran aku untuk mengandung ni.
Walaupun sedih, aku tetap menunggu period bulan September, ketika itu aku ke KL atas urusan kerja. Ketika di TBS aku terdetik untuk beli UPT di Gurdian, aku dah malu sebenarnya nak masuk Watson kat tempat aku cashier dah kenal dah muka ni je yang asyik ulang beli UPT. Jadi kebetulan lalu, aku beli la siap-siap sebab masa tu period dah lambat 5 hari dari tarikh yang sepatutnya. Malam tu, sebelum mandi aku buat UPT, aku letak kat tepi dan terus mandi tanpa tunggu keputusan, aku tak berharap macam sebelum-sebelum ni tunggu keputusan sambil pegang UPT tu.
Lepas mandi dengan malasnya aku menjeling UPT yang aku ketepikan tadi, membutang mata aku yang malas nak buka sebelum ni, haaaaaaaahhhhhh? Biar betul ni?????? Masa tu aku macam nak menjerit, perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Call suami aku, tapi dia dah tidur masa tu lagi pun dah lewat. Jadi aku bertekad untuk bangun esok pagi nak buat test sekali lagi, sebab aku baca pagi-pagi akan lagi terang keputusan dia. Sebab kandungan hCG tinggi lagi, dan keputusannya tetap sama pagi tu, walaupun line kedua tak terang macam line pertama.
Seawal 5 pagi terusku capai telefon dan call encik suami, suara dia yang masih mamai mengangkat telefon. "Abang, sayang mengandung!", dia loading 10 saat, kemudian " Tahniah sayang", eee tahniah untuk dia jugak la, terkejut punya pasal sampai tersasul sudah. Hehehehe. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku rezeki ini, rasa bahagia ini tak dapat aku ungkapkan macam mana. Semoga kandunganku ini membesar dengan sihat dan selamat semuanya. Sekarang si kecik dah membesar, sudah 34 minggu. Lagi 6 minggu aku menanti untuk bertemu permata hatiku ini. Alahai sayang, umi tak sabar nak jumpa anak umi ni.
Salam perkenalan dari ciklaili.com :)
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah..tahniah, tahniah & tahniah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam tempoh 40 minggu nan indah ni.
Didoakan semoga puan akan selamat melahirkan baby yang comel & sihat :)