Friday, July 7, 2017

Journey in Breastfeeding Khayra Part 2

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sampai sekarang umur Khayra sudah 1 tahun 2 bulan, Khayra masih menyusu badan sepenuhnya. Bila imbas semula ketika diawal kelahiran Khayra, aku teramat takut dan di hati terasa sedikit gusar memikirkan ada ke tidak susu untuk anak aku ni.

Ketika di dalam OT room, selepas Khayra lahir, nurse datang bawak Khayra untuk menyusu buat pertama kali. Ya Allah, pandainya si kecil ummi menyusu, mulut mungil yang teramat comel itu membuatkan ummi jatuh hati sayang. Lupa sudah sakitnya 7 lapis perut ummi dibuka, lupa sudah sakitnya ubat bius di tulang belakang ummi dan semua ketakutan ummi terbang hilang semuanya.

Di dalam wad, nurse amat membantu bila aku perlu susukan Khayra, yelah 8jam pertama aku belum boleh bangun, makanya setiap kali Khayra menangis nurse akan datang bagi Khayra dan mengajar aku cara menyusu dengan posisi yang betul. Aku amat bersyukur dengan persekitaran yang amat menyokong penyusuan.

Antara tips yang aku guna pada permulaan perjalanan menyusu ini, screenshot dari sebuah video di facebook. Amat berguna tau, point pertama dan kedua di tekankan minda, emosi dan doa serta konsep demand vs supply. Tentang minda, bila kita berfikiran positif kita akan gembira, susu pon akan di proses dengan baik. Emosi pon berkaitan, bila kita enjoy the moment of bonding-bonding kita tak akan pernah lelah, terbeban mahupun tertekan. Yang supply vs demand pulak, yang aku belajar seawal kelahiran jangan mengepam, tapi lebihkan kepada direct feeding (df), sebab pengeluaran susu kita bergantung pada permintaan, masa ni perut baby kecik lagi. Kalau kita pam, tengok hasil sikit mesti kita akan kecewa, sedangkan memang itu demand anak kita. Selain itu, kita akan stimulate demand yang besar yang mungkin akan mengakibatkan bengkak susu.
Namun begitu, aku terpaksa mengepam jugak bila anak aku dimasukkan ke dalam wad kerana jaundisnya tinggi. Aku pam dan hantar susu ke hospital, tapi bila aku dapat bilik untuk tunggu anak aku, aku lebihkan df. Tapi ada jugak bengkak, tapi pam tak bawak. Makanya aku try marmet, iaitu memerah guna tangan, aku belajar dari gambar google ni. Alhamdulillah sangat membantu.

Sambil-sambil rehat di bilik yang disediakan aku ada baca tentang tanda-tanda baby lapar, jadi sebelum baby menangis atau mengamuk seeloknya kita offer untuk baby df, maksudnya susukan sebelum dia rasa lapar.

Part last, tips yang aku dapat dari group #bfmember, point ketiga tu. Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya anak cukup susu ke tidak kan. Maka aku belajar disini melalui warna najis anak. Aku akan pantau najis baby aku, kalau warna kuning keemasan bukan main suka gila macam nak bangun lompat bintang je. hehehe.. Tapi tak boleh la sebab tengah pantang lagi la.
Rasanya setakat tu dulu la perkongsian kali ni. Aku aplikasikan semua ni masa dalam pantang (60 hari), next aku akan cerita bila mula bekerja dan macam mana nak hantar ke pengasuh.
Ni budak kekenyangan lepas df, masa ni yang kena tahan wad sebab dia jaundis. Tengok la badan dia bukan main kuning lagi tu.

Tuesday, April 4, 2017

2nd Anniversary candle light dinner kat rumah

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita sikit tentang rancangan nak buat suprise la konon-konon, untuk sambutan ulangtahun perkahwinan aku dan suami yang kedua. Yang pertama tak sambut pun sebab kekangan masa plus tengah sarat mengandung Khayra, jadinya tak dak mood nak buat apa-apa rancangan. hehehe...
Jadi kali ni memang nak realisasikan angan-angan dalam otak yang teringin nak buat candle light dinner. Hasil dari google segala idea-idea yang menarik makanya kira on la planning suprise untuk encik suami ni. Planning buat kat rumah sebab bebas sikit dengan si kecik Khayra tu. Otak ni ligat betul merancang, nak kasi jadi dan biarlah menjadi kenangan indah buat kami berdua. Tambahan pulak, ini candle light dinner pertama buat kami berdua, dua-dua tak pernah bercandle light. hihihi..

Checklist suprise candle light dinner
1. Hadiah (Untung la encik suami dapat dua hadiah, jam dan perfume. Perfume CK kesukaan dia, yang copy ja bukan ori punya pun hehehe. Jam pulak beli kat Lazada, iolls is jimat masa tapi puas hati sangat, kualiti dia memang sangat berbaloi, dan jam tu sekarang dah jadi salah satu benda kesayangan dia, dia pakai hari-hari pi kerja, kembang sat hati cheq ni)

2. Hiasan belon (Ni idea aku, order kat Lazada range harga RM25 include postage)

3. Dress untuk aku (Order kat Lazada jugak, nice dress, sangat cantik dan selesa. Malu beb depan dia pakai dress macam tu dengan hiasan bunga selit kat tepi telinga. Tak pernah-pernah kan, hahaha)

4. Bunga ros (Member cadang pergi beli kat pasar, memang murah RM1.20 ja sekuntum, encik suami belikan 10 kuntum, kira ini hadiah pertama dia untuk aku la, hehehe)

5. Thermos (untuk letak bunga ros, idea dari google)
6. Lilin (Beli kat daiso perasa ros, wangi)

7. Gelas (Idea dari google untuk letak lilin dalam gelas)
8. Alas meja (iolls guna tudung lama-lama ja, sila abaikan kesan kedutan sebab projek menghias tu 11 malam hingga 3 pagi lepas balik kerja masa encik suami dan si kecik Khayra tengah tidur. Jadi macam kejutan la pagi-pagi bangun ada hiasan dan hadiah kat atas meja, sebab acara candle light dinner dah tak suprise dah sebab encik suami dah tau, kebetulan dia pulak cuti, memang dia ada kat rumah dan pergi beli barang semua dengan dia. Part paling lawak, dia dengan Khayra dok main testing tutup-tutup lampu masa aku tengah sibuk masak, tak sabar letteww)
9. Kek (aku tempah kek puding gula hangus, his favourite tau, memang habis kami dua makan)
10. Makanan (encik suami request bubur ayam, sebab dia sakit gigi, part ni dah jadi tak suprise sebab dah tanya encik suami nak aku masakkan apa, selalu kan candle light dinner orang makan western, tak mengapalah ini cara kami, hehehe)
Acara candle light dinner start pukul 9 malam, aku bagi Khayra tidur dulu lepas masak, kemudian aku siap-siap, tapi hanya sempat setengah jam je dapat berdua makan-makan sambil borak-borak, si kecik dah bangun da. Dia bangun kami pon buka lampu, dia macam pelik tengok ummi dia kenapa lawa-lawa, sekali dia ambik bunga ummi.

Encik suami punya senyuman tu memang buat hilang penat lelah tauuu... i love you encik suami, semoga perkahwinan kita sentiasa bahagia dan berkekalan ke syurga.

Si kecik Khayra tolong ummi jaga belon love
Tadaaaa, ini la hadiah kedua yang aku dapat, bukan kerusi tu tapi....
Encik suami hadiahkan untuk manjakan diri kat Spa.

Monday, February 13, 2017

Persiapan Khayra's solid food

Alhamdulillah, bila masuk bulan November, maksudnya Khayra akan dah 6 bulan. Yayyy, ummi dah dapat Diploma in Breastfeeding kamu sayang. Tapi masih ada 1tahun setengah lagi untuk ummi capai Phd, jauh lagi perjalanan untuk menyusukan si kecik ummi ni.
Dah umur 6 bulan, ummi excited sangat buat persediaan untuk bagi Khayra makan. Pertama sekali, kena sediakan barang-barang untuk memudahkan kerja masak memasak ni. Pilihan hati aku, Autumn Food Processer. Beli kat Lazada ja, sekali dengan bekas simpanan makanan tu.
Barang-barang lain memang dah beli lama dah sebab tak sabar. Set mangkuk sudu dan garfu merah tu aku beli kat Lazada, masa tu tengah promosi harga RM 7 ke 8 ja. Yang container hijau kuning dapat free gift, kemudian food feeder Rm8, saja pilih warna matching dengan container yang dapat tu. hihihi. Sudu khas silicon pon ada satu, masa beli tu orang tu ada promote bekas air boleh tukar-tukar jadi botol susu dengan bekas air. Silap tak beli masa tu, baru ni beli sebab tengok Khayra suka pegang sendiri bila nak minum air.


Yeahhh, dah siap barang-barang semua, maka untuk bulan pertama Khayra akan diperkenalkan dengan puree buah-buahan. Sekadar untuk ajar dia makan, lagi pun buah-buahan kan mengandungi simple sugar. Dan perut dia baru nak mula proses makanan pejal buat pertama kali kan. Muka Khayra pelik je mula-mula rasa puree tembikai susu. hehehe.

Muka teruja bila dapat gigit buah kurma dengan bersungguh-sungguh mengigit buah tembikai susu.

Next puree lobak merah, happy je dia bila nak makan. Hari-hari macam tu la.

Thursday, October 27, 2016

Menang giveaways

Alhamdulillah atas rezeki yang tak di sangka-sangka, di pilih sebagai pemenang giveaway Set Tilam Baby Dan Set Bakul Baby. Yayyyyy.... Dah lama tak join contest atau giveaways, hehehe. Sejak-sejak dah ada anak ni memang tak menyempat, asyik dok belek si kecik tu ja. Tadaaa, Khayra dapat bantal busuk, hihihi..






Wednesday, October 5, 2016

Journey in Breastfeeding Khayra Part 1

Assalamualaikum, ehem ehem fuuuuuhhhhh tiup habuk sikit.. Hehehe..

Bila buka blog dan baca balik post lama-lama, tergerak hati untuk tulis entry, rindunya nak menulis. Blog ni memang penuh kenangan yang aku catatkan berkenaan persediaan aku nak kahwin, nak timang anak dan sekarang nak cerita pasal perjalanan menyusu badan Nur Khayra Annisa.

Iyaaa, aku dah ada anak, macam tak percaya ja kan, rasa macam baru ja umur 20 tahun. Hahaha. Pertama sekali, perkenalkan, my little princess, lahir pada 06/05/2016 1730pm secara cesarean.


Sejak dari mengandung lagi memang dah bertekad nak menyusu badan kat bayi yang bakal lahir, tapi masa tu memang langsung tak dak pengetahuan. Mula-mula aku gali ilmu ntuk nak beli alatan penyusuan dulu, contoh macam pam, cooler bag, ice brick, botol simpanan dan plastik simpanan. Ini pakej yang aku beli, Tiny Touch Double Pump menjadi pilihan hati, yayyyy semangat dah membara masa tu. Tapi beg tu upgrade yang ada 2 tingkat, jadi kena tambah lagi RM30.



Eh, itu baru permulaan tau, banyak lagi benda yang kena siapkan, bukan hanya itu saja. Seterusnya pemilihan botol susu dan puting, banyak mommy yang cadangkan botol jenama Pigeon PPSU WIDENECK SS.


Botol ni bagus tau, puting dia sangat lembut, memang sesuai untuk baby yang menyusu badan sebab slow flow dan bila bayi hisap baru susu akan keluar memang menyerupai bila menyusu badan, jadi nanti baby tak akan nipple confuse atau reject bottle. Guna je saiz ss tak payah nak ikut saiz recommend tu pon.


Ha, jangan ingat flow ni tak penting ke dalam penyusuan bayi ni. Bukan hanya takut bayi tersedak ja, tapi bila slow flow baby akan ambik masa yang lama untuk hisap susu jadi dia akan kenyang takat mana susu yang diperlukan saja. Kalau puting yang flow laju, bayi baru lahir kalau bagi 10oz pon, dia akan nyot nyot je sampai habis, dia bukan nak tau kan.


Botol sekali dengan puting agak mahal jugak lebih kurang dalam RM58 satu, jadi aku hanya beli satu sahaja, tambahan 2 puting sahaja. Puting Pigeon ni boleh disesuaikan dengan mana-mana botol yang wide neck. Kebetulan botol untuk pam Tiny Touch aku sesuai, jadinya untuk feeding bottle nak hantar ke pengasuh aku pilih jenama yang sama.


Jika dirumuskan, checklist untuk persiapan penyusuan :
1. Breast pump
2. Cooler bag
3. Ice Brick
4. Ice pack
5. Storage bottles
6. Storage bags
7. Feeding bottles


Friday, April 8, 2016

Aku dan UPT

Tiba-tiba teringat kenangan aku dengan UPT, tersenyum sendiri bila ingat balik. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti mengidamkan zuriat, begitu juga aku. Desember 2014 aku dan suami diijab qabul dan diraikan dalam majlis walimatul urus kami yang berlangsung di kampung kami, Perlis. Selepas seminggu bergelar suami isteri, bermulalah pjj kami, suami ke Sarawak aku di Melaka.

Sedihnya hati tak tertahan-tahan, iyalah dah berkahwin tapi tak boleh duduk sekali. Namun aku sibukkan diri dengan kerja untuk buat diri ini lupa. Tanggal tarikh period yang pertama, aku period. Sedihnya, ingat nak bunting pelamin tapi bukan rezeki nampaknya buat aku. Bulan demi bulan berlalu, dapat bertemu sekali sebulan itu sudah paling bersyukur buat kami, ialah tambang flight ke Sarawak balik semenanjung mahal kan.

Begitu jualah rutin bulanan aku dengan UPT, dan keputusan setiap bulan itu pasti mengecewakan hati. Sampai satu masa, kawan yang sama-sama kahwin dah mengandung mesej tanya dah berisi belum. Sedih yang amat sangat masa tu, sampai terfikir, aku gemuk sangat ka susah nak lekat ni. Cerita kat mak, mak nasihat tak apalah belum ada rezeki, lagipon sekarang pun duduk asing-asing, biar berumah tangga elok-elok, nanti Allah bagi la rezeki.

Dari bulan Januari ke bulan Februari masuk pulak bulan March kemudian bulan April dan bulan Mei, khabar gembira tak juga kunjung tiba. Allah itu Maha Mendengar, setelah 6bulan aku dan suami berjauhan dipisahkan Laut China Selatan, Allah makbulkan doa aku dan suami untuk posting ke semenanjung, dapat Melaka lagi tau. Alhamdulillah, syukur yang amat. Masa tu reda sikit bab naluri nak anak, sebab gembira sangat dengan rezeki suami dapat balik semenanjung.

Julai, suami officially duduk Melaka dan kami menyewa sebuah rumah sewa yang menjadi mahligai rumah tangga kami. Bahagianya dapat menjadi suri dalam rumah tangga. Ketika itu di akhir bulan puasa, seronok sangat dapat pergi bazar sama-sama, kerja pon ada yang hantar dan ambik. Bila raya tiba, hati sedih bila mana saudara mula bertanya, belum ada isi lagi ke, soalan yang teramat pedih untuk dihadam membuatkan aku jadi teramat sensitif.

Alhamdulillah, suami sangat memahami, setiap kali diajukan soalan tu kepada aku, suami akan datang genggam jari erat-erat dan jawab in shaa Allah, doa-doa lah ye bagi rezeki kami cepat. Selepas raya, kami kembali ke Melaka, suami memulakan tugas di unit baru dan aku dengan kerjaku. Hari-hari aku sibukkan diri dengan kerja, sebenarnya period aku last masa bulan puasa (Julai), jadi berdebar menanti bulan Ogos.

Awal Ogos, masihku ingat, aku puasa ganti, 4 Ogos satu jam sebelum berbuka aku dapati ada sedikit darah di panties. Dengan hati yang sedih aku pon buka la puasa, aku selindungkan rasa sedih dari encik suami, konon-kononnya aku sedih sebab tak dapat terus puasa lagi 1 jam je, sedangkan kat hati ni sedih sebab period. Yang buat aku tertanya-tanya, lepas pada darah tu memang dah tak ada apa-apa. Musykil betul, aku period ke, atau implantation spotting ni, hatiku berbunga kembali.

Aku diamkan perasaan tu dari encik suami, hingga hujung bulan Ogos aku buat UPT, kami sama-sama menanti keputusan UPT tersebut, namun hanya ada satu garisan sahaja. Kecewanya aku ketika itu hingga menitis air mata. Ya Allah, bilalah akan sampai giliran aku untuk mengandung ni.

Walaupun sedih, aku tetap menunggu period bulan September, ketika itu aku ke KL atas urusan kerja. Ketika di TBS aku terdetik untuk beli UPT di Gurdian, aku dah malu sebenarnya nak masuk Watson kat tempat aku cashier dah kenal dah muka ni je yang asyik ulang beli UPT. Jadi kebetulan lalu, aku beli la siap-siap sebab masa tu period dah lambat 5 hari dari tarikh yang sepatutnya. Malam tu, sebelum mandi aku buat UPT, aku letak kat tepi dan terus mandi tanpa tunggu keputusan, aku tak berharap macam sebelum-sebelum ni tunggu keputusan sambil pegang UPT tu.

Lepas mandi dengan malasnya aku menjeling UPT yang aku ketepikan tadi, membutang mata aku yang malas nak buka sebelum ni, haaaaaaaahhhhhh? Biar betul ni?????? Masa tu aku macam nak menjerit, perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Call suami aku, tapi dia dah tidur masa tu lagi pun dah lewat. Jadi aku bertekad untuk bangun esok pagi nak buat test sekali lagi, sebab aku baca pagi-pagi akan lagi terang keputusan dia. Sebab kandungan hCG tinggi lagi, dan keputusannya tetap sama pagi tu, walaupun line kedua tak terang macam line pertama.

Seawal 5 pagi terusku capai telefon dan call encik suami, suara dia yang masih mamai mengangkat telefon. "Abang, sayang mengandung!", dia loading 10 saat, kemudian " Tahniah sayang", eee tahniah untuk dia jugak la, terkejut punya pasal sampai tersasul sudah. Hehehehe. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku rezeki ini, rasa bahagia ini tak dapat aku ungkapkan macam mana. Semoga kandunganku ini membesar dengan sihat dan selamat semuanya. Sekarang si kecik dah membesar, sudah 34 minggu. Lagi 6 minggu aku menanti untuk bertemu permata hatiku ini. Alahai sayang, umi tak sabar nak jumpa anak umi ni.


Saturday, March 26, 2016

Checklist keperluan ke hospital untuk bersalin

Alhamdulillah, sudah masuk ke fasa untuk kemaskan barang masuk dalam beg dan stand by dalam kereta. Sebelum ni, saya macam tak ambik berat sangat benda ni sampai la masa kandungan 30minggu kena tahan wad 2 malam. Masa tu agak kelam kabut sedikit sebab pergi hospital dan terus kena tahan wad. Dengan sehelai sepinggang langsung tak bawa apa-apa. Akhirnya encik suami la yang jadi mangsa, terpaksa bagi arahan dari jauh apa yang perlu di isi dalam beg untuk keperluan saya. Manalah beliau tahu sangat kan benda-benda saya ada kat mana. Jadi lepas sahaja keluar dari wad, saya mulakan misi selesaikan beli barang dalam checklist keperluan bayi dan umi. Sudah cukup semua barang, saya teruskan dengan membasuh semua pakaian, selimut, napkin dan lain-lain yang dibeli tu. Yang terakhir masukkan barang ke dalam beg untuk bayi dan umi ke hospital. Sekarang sudah 32 minggu, ada lagi 8 minggu. Tak sabarnyaaa...

Set berpantang dan bersalin untuk umi
Barang baby, pakaian semua tak ada sebab tengah cuci

Semua diletakkan dalam satu beg pakaian sederhana besar, yang makanan dan minuman letak dalam raga.

Semua masuk dalam beg purple dalam gambar tu, beg khas untuk barang baby senang sebab kat dalam beg tu ada compartment2 dia sendiri.


Masukkan dalam plastik kecik dah siap.