Tuesday, March 25, 2014

Review my E-day 2 ~ Baju

Assalamualaikum ^^

ok, nak sambung publish post review tentang majlis pertunangan aku berkenaan apa yang aku pakai..hahaha...sebenarnya kan, aku nak pakai baju kurung raya ja...bagi aku, aku nak sederhana saja, tak mau berlebih-lebih...benda tak wajib pon, sebagai syarat je kan..tapi mak aku tiba-tiba sponsor suruh aku beli baju lain...mula-mula aku macam berat hati ja, malas pon ada jugak...hahaha...tapi akhirnya aku pi beli jugak..



Baju kurung tu ada manik-manik kat depan baju dan tangan, dan aku rasa baju ni ja yang paling simple..yang lain-lain semua lip lap lip lap..hahaha...tudung pulak, aku beli bawal kosong bidang 60' warna coklat, matching dengan manik-manik kat baju...tudung half moon oren tu pulak aku main ambik sesuka hati ja...sebagai penambah rasa kot...hahaha...untuk aku pilih semua-semua tu ialah pada masa yang sama dalam beberapa jam ja..hahaha...


(psss...sebenarnya aku tak bayar pon, guna duit yang mak dengan kakak sulung aku bagi ja)
Haa...pasal make-up pulak, aku lagi la malas... (=.=")
tu kakak sulung aku punya keja, dia pi conteng muka aku..jenuh la aku dok kelupuq(mengelak) tak mau..
dan yang terbaiknya, dia make-up ja, untuk pakaikan tudung dan yang lain-lain dia cakap tak reti..hek la!
jadi kawan-kawan aku la yang tolong siapkan aku..by the way, aku tak dak buat pelamin ka, hias bilik ka, tak dak! dok dalam bilik diam-diam, orang panggil keluar untuk sarung cincin ja aku keluar...cadar satin pink tu yang kakak sulung aku beli masa dia bertunang dulu...aku guna ja la, benda dah ada...hahahaha...


Review my E-day 1 ~ Hantaran

assalamualaikum ^^
aku yang perasan tengah rajin ni nak review tentang majlis bertunang aku yang dah berbulan-bulan lamanya berlalu...walaupun dah lama, tapi nak jugak cerita..hahaha...

kisahnya bermula bila aku dirisik pada Februari 2013....masa mak en tunang datang, maka mak aku dan mak en tunang berbincang untuk mengikat hubungan kami...

so, tarikh yang dipilih ialah pada 18.08.2013, sepuluh hari selepas hari raya aidilfitri...majlisnya tak dak la besar mana pon, hanya keluarga dan sahabat terdekat saja..

kononnya aku nak jimat bajet, jadi terbuatlah keputusan untuk nak DIY..macam pandai ja padahal tangan pon langsung tak berseni, tapi tekad punya pasal aku buat ja...sebenarnya kakak-kakak aku tak berapa setuju, depa lagi prefer tempah kedai, senang cerita tak payah susah-susah...tapi aku terus tekad...konon-konon la...

mula-mula aku pop-up dalam kepala, macam angan-angan la, warna tema hantaran....jadi, warna tema yang menjadi pilihan aku ialah warna oren...ntah kenapa?aku pon tak tau...oren bukanlah warna kesukaan aku pon...tapi masa tu memang terlintas nak warna oren..kemudian cari kat google design-design yang aku rasa simple untuk dibuat..maka terhasillah hantaran-hantaran aku untuk pihak lelaki;

1) Buah-buahan


2) Kek



3) Coklat


4) Garam & Gula


5) Baju melayu & sampin (untuk akad nikah)

6) Blueberry cheese tart (30 biji)

7) Gubahan kuih bunga teratai


Gambar kesemua hantaran-hantaran untuk pihak lelaki


TOTAL KESELURUHAN HANTARAN DAN ISINYA = RM300.00+

Walaupun tak secantik mana, tapi kepuasan membuat sendiri tu yang buat aku rasa macam nak DIY lagi untuk wedding nanti...hahaha...tapi yang pastinya mesti dah tak rajin...gambaran dah ada dalam angan-angan, tapi mungkin mintak kawan aku yang tolong buatkan..banyak cantik kan...