Saturday, March 26, 2016

Checklist keperluan ke hospital untuk bersalin

Alhamdulillah, sudah masuk ke fasa untuk kemaskan barang masuk dalam beg dan stand by dalam kereta. Sebelum ni, saya macam tak ambik berat sangat benda ni sampai la masa kandungan 30minggu kena tahan wad 2 malam. Masa tu agak kelam kabut sedikit sebab pergi hospital dan terus kena tahan wad. Dengan sehelai sepinggang langsung tak bawa apa-apa. Akhirnya encik suami la yang jadi mangsa, terpaksa bagi arahan dari jauh apa yang perlu di isi dalam beg untuk keperluan saya. Manalah beliau tahu sangat kan benda-benda saya ada kat mana. Jadi lepas sahaja keluar dari wad, saya mulakan misi selesaikan beli barang dalam checklist keperluan bayi dan umi. Sudah cukup semua barang, saya teruskan dengan membasuh semua pakaian, selimut, napkin dan lain-lain yang dibeli tu. Yang terakhir masukkan barang ke dalam beg untuk bayi dan umi ke hospital. Sekarang sudah 32 minggu, ada lagi 8 minggu. Tak sabarnyaaa...

Set berpantang dan bersalin untuk umi
Barang baby, pakaian semua tak ada sebab tengah cuci

Semua diletakkan dalam satu beg pakaian sederhana besar, yang makanan dan minuman letak dalam raga.

Semua masuk dalam beg purple dalam gambar tu, beg khas untuk barang baby senang sebab kat dalam beg tu ada compartment2 dia sendiri.


Masukkan dalam plastik kecik dah siap.





Wednesday, March 16, 2016

Checklist barang baby

 Checklist baby Zyeera & Acid Part 3 Keperluan Bersalin dan Berpantang Umi

+ Set bersalin dalaman Nona Roguy 1 set

+ Set bersalin luaran 1 set

+ Bengkung
+ Tungku
+ Nursing bra - 3pcs

+ Nursing pad (disposal) - 1 kotak
+ Nursing pad (washable) - 2pcs
+ Maternity pad - 2 pack (satu loop satu sticky)
+ Stokin tebal - 3 pasang
+ Kain Batik - 5 helai
+ T-shirt - 4 helai
+ Sweater - 1 helai
+ Slipper
+ Termos
+ Raga air panas dan makanan
+ Beg umi ke hospital
+ Breast pumps 1 set

Nak cerita sikit tentang SET BERPANTANG NONA ROGUY. Sekarang tengah ada promosi hingga April kalau beli dengan agent berdaftar RM240, kalau masa saya beli RM 270, postage RM10. Dalam set tu ada akar herbanika, phytonatal, minyak herbanika, uncang cuci, herbanika barut dan lulur. Sekarang masa mengandung saya dah mula minum air akar herbanika tapi nipis-nipis saja untuk biasakan diri nanti. Minyak herbanika pon dah guna untuk urut-urut mana yang sengal-sengal, sapu kat kaki malam-malam. Saya tambah lagi barang-barang yang saya rasa perlu seperti nu3med, madu tenaga segar, madu nona harmonis, 3 benda ni macam jamu untuk baiki luka dalaman dan pulihkan tenaga. Kalau yang dalam set lebih kepada untuk cuci dalaman. Lain-lain saya tambah barra gel buat meruang dan sebagai feminim wash dan bengkung, jumlah untuk belian yg kedua RM201, postage RM10. Saya buat checklist benda apa saya fikir berguna, sebab bergantung pada orang jugak. Kalau nak jimat, boleh beli loose item sahaja. Saya ikut group facebook Konsultasi Rawatan Herba Nona Roguy, dekat situ banyak ilmu berguna saya dapat. Pembelian seterusnya nak beli minyak berubat herbanika sebagai minyak telon baby, herbal balm sebagai param dan pilis, sabun dhia untuk buang daki dan pes tangas untuk bertangas dan nak topup barang-barang yang dah habis. Semoga saya istiqamah masa berpantang nanti.