Tuesday, January 20, 2015

#8 Make up dan photografer

Rasanya dah nak menghampiri penghujung entri marathon...hehehe..untuk make up aku ringkaskan, tak upah sapa-sapa pun...kakak sulung yang tolong contengkan...cuma dalam RM80 untuk dia beli barang make up..that all...kena paksa pakai bulu mata palsu, aku buat donno ja tak mau...hahaha...depa pon tau perangai adik depa yang sorang ni..tudung, veil, crown, semua depa yang tolong pakaikan..uhuhuk...kakak-kakakku, i lap u all...


Untuk photografer pulak, member aku iaitu safwan yang ambik tugas tu, alaaa orang yang sama yang buatkan hiasan hantaran...hehehe..he is my bestie since kindergarden tau..tapi dia hanya dapat ambik gambar masa nikah dan kenduri sebelah aku ja...sebab dia dah nak balik Sabah dah on that day..huuhuuhuu..tak mengapalah..



 Dia la pengkritik no 1 dalam kerja-kerja kahwin aku ni, pelamin la, make up aku la..sampai satu masa tu, aku bagi tau yang aku tak mau MUA, dia tawarkan diri untuk belajar make up and nanti dia nak tolong make up kan, hahaha...aku tolak, nak mampus kau, encik suami ligan kita dengan parang nanti baru padan muka....tapi pengkritik tegar pon, dia jugak la orang kuat dalam menjayakan majlis aku ni tau...terima kasih na Puan!


Tengok tu, sampai nak pakaikan sampin untuk encik suami diorang layan youtube nak blajaq..kehkehkeh..last-last mak lang, tok guru ngaji quran kami dulu-dulu datang tolong pakaikan...masa tu mak lang buka cerita yang kami dua nakal sangat-sangat dulu..kami kan geng..hahaha..

#7 Doorgift

Nak dijadikan cerita, untuk doorgift hampir 80% tajaan, kami hanya keluarkan duit sendiri untuk selebihnya 20%..Alhamdulillah, menang pertandingan ceritera cinta by Elaniey creative dapat no 3..

400 buah beg doorgift, aku cuma beli tambahan lagi 100 buah lagi untuk rombongan sebelah pengantin lelaki dengan orang kerja..hehehe..


Kemudian dapat 200 buah buku doa dan selawat harian custom made..

Yang lain-lain, kalendar pocket 500 keping FOC contest jugak, tapi contest yang lain..

Dah habis barang-barang FOC, yang ini beli tau, kek span sedap sesedap kek apollo RM1 setiap satu, aku beli 200 biji dan juga mini sejadah 50 unit, RM3 setiap satu, jumlah sekali pos RM170...Barang-barang dalam beg kakak-kakak aku sposor, aku tambah-tambah dalam RM120 macam tu la..Bunga telur 250 pokok, mak tersayang yang sposor..hehehe...



Yang ini dah selamat di bagi.,.hehehe...


Tambahan lagi, elaniey creative ada bagi hadiah lagi tau..ada guestbook, banner, bunting dan juga penanda arah..tak lupa juga sarung tangan dan juga stokin...terima kasih yang tak terhingga la buat semua penganjur contest-contest yang aku dah sertai dan menang...alhamdulillah, syukur sangat-sangat...




Dengan kawan-kawan kat bunting...tadaaa
Total untuk doorgift dalam RM650..

#6 Sambut menantu

Kalau ada yang cakap aku marathon entri, sebenarnya masa majlis hari tu pun kami marathon juga,,hehehe...memang terpaksa buat berderet-deret majlis sebab aku tak dapat cuti banyak-banyak kali..jadinya, 26 Dec akad nikah, 27 Dec kenduri sebelah aku, 28 Dec kenduri sebelah dia...terkejar-kejar kami nak ikut flow...pfuhhhhh...tambahan pulak kat rumah aku memang dari 25 Dec dah mula kenduri dah..Aku yang 23 Dec baru bertolak dari Melaka, sampai Perlis pun dah malam, jadi terkapai-kapai kot..mana idaknya, 24 Dec baru nak pi ambik baju dengan beli barang-barang untuk doorgift..alhamdulillah ada masa 1 hari untuk aku bertenang, encik suami masa tu layan ja aku yang tunggang langgang...dia pon blur, sebab semua aku yang buat...

untuk baju kenduri rumah dia aku jumpa kat facebook jugak...kak sha nama dia, dia buka butik kat Dato Kumbar Aloq Staq...dia macam tukang jahit untuk butik-butik pengantin la..total RM650, sepasang baju L+ P, tudung, veil, kain semua dia sediakan cuma bagitau warna apa nak saja...
Inilah hasilnya..hehehe..psss, set tanjak, crown, kasut dia dengan kasut aku, kami guna yang sama dengan majlis kat rumah aku...hehehe...



ha, terlupa pulak, bunga tangan yang aku guna tu FOC menang contest jugak..so aku recycle ja guna ketiga-tiga hari, nak guna yang akak aku bagi dia punya dulu, member cakap bunga tangan aku cantik lagi..so aku pon ikut ja la depa, lagipun best pegang dia, ada kain bulu-bulu kat tempat pemegang dia..tak rasa berpeluh..



 Total semua lebih kurang RM700

#5 Baju Sanding

Mai tang bab persalinan yang paling aku rasa, rendah diri sikit...Sebelum ni, aku dah tekad, baju aku nak ikut buat yang aku selesa pakai dan sederhana..encik suami pun setuju, tapi last-last minutes aku di duga dengan macam-macam perasaan..dan dari segi mental pulak teramat-amat kuat diuji sampai memang sedih yang amat la..orang terdekat langsung tak membantu, nak kondem kuat lagi ada aa....so, b2b, mental kena kuat tau, dah buat keputusan, teruskan jangan termakan dengan kata-kata orang..nanti kita yang pening..
Aku tempah dengan sorang akak ni, aku jumpa kat internet...kebetulan dia orang Perlis jugak, memang senang la..RM470, baju, veil dengan tudung, kain semua dia sediakan, detailing manik pon semua dia yang jahitkan kat baju dan veil..untuk encik suami, beli baju melayu kat jakel ja, RM150..untuk set tanjak RM65, kasut RM75..tak lupa jugak, crown RM45 dan kasut aku RM103..


Dan inilah kami dihari perkahwinan...Alhamdulillah, cuaca baik semuanya...seminggu sebelum majlis memang hujan memanjang..risau sangat..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..


Jumlah semua untuk hari perkahwinan kami, RM900

#4 Pelamin, bilik dan meja makan

Ok, untuk pelamin, bilik dan meja makan, sebenarnya dok fikir-fikir nak buat yang simple-simple ja. bila survey kat butik-butik pengantin, mak aihh, boleh tahan even tunjuk gambar contoh yang simple ja..adoii, rancangan awalnya tak nak pelamin, just nak buat latar belakang ja, in the end, ini la yang jadi...member aku komen, pattern ni sebenarnya dah old fashion..trend sekarang orang dah tak dak scalop-scalop tu..hahaha..aku rilex ja, aku jawab, tak kisah pon, aku kawen bukan nak ikut trend..dan harga untuk ketiga-tiga ni RM780, yang mana aku kira harga padan patut la dengan aku..hahaha...biaq old style pun, asal aku tak membazir ribu riban hutang sana sini...kwang3x



Monday, January 19, 2015

#3 Hantaran

Bab memilih barang hantaran la yang paling merunsing di hati...mana taknya, untuk kedua-dua pihak aku yang cari..pfuuuhhhh....encik suami masa tu belum sampai ke tanah air lagi..makanya, bakal isteri tentera yang berjiwa kental, mencari semua barangan hantaran tersebut sorang-sorang...ada tujuh dulang semuanya,
1. kemeja + seluar slack
2. kain sarung
3. belt + wallet
4. tuala
5. sejadah
6. kek
7. set perfume

Untuk kek, gambar kek yang sebenar terlupa nak ambik, tapi memang pilih design dan warna yang sama macam gambar tu. Untuk set perfume member yang belikan..huntungg..huntung...btw, member yang sama jugak la yang menghiaskan hantaran-hantaran ni..Dia ikat riben, letak bunga, itu ja..simple but nice...hehehe...sentuhan seorang lelaki tau, mahal gitu....untuk dulang hantaran pun dia yang uruskan, dia sewa kot..hahaha..tengok dah ada semua siap..terima kasih kawan..












Untuk hantaran ke pihak aku, ada satu ja gambar yang dah siap jadi hantaran, yang lain terlupa...huhuhuhu....semua ada lima,
1. kasut + handbag
2. telekung
3. kain pasang + tudung
4. tuala
5. kek



Anggaran untuk kos hantaran RM800