Friday, July 7, 2017

Journey in Breastfeeding Khayra Part 2

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sampai sekarang umur Khayra sudah 1 tahun 2 bulan, Khayra masih menyusu badan sepenuhnya. Bila imbas semula ketika diawal kelahiran Khayra, aku teramat takut dan di hati terasa sedikit gusar memikirkan ada ke tidak susu untuk anak aku ni.

Ketika di dalam OT room, selepas Khayra lahir, nurse datang bawak Khayra untuk menyusu buat pertama kali. Ya Allah, pandainya si kecil ummi menyusu, mulut mungil yang teramat comel itu membuatkan ummi jatuh hati sayang. Lupa sudah sakitnya 7 lapis perut ummi dibuka, lupa sudah sakitnya ubat bius di tulang belakang ummi dan semua ketakutan ummi terbang hilang semuanya.

Di dalam wad, nurse amat membantu bila aku perlu susukan Khayra, yelah 8jam pertama aku belum boleh bangun, makanya setiap kali Khayra menangis nurse akan datang bagi Khayra dan mengajar aku cara menyusu dengan posisi yang betul. Aku amat bersyukur dengan persekitaran yang amat menyokong penyusuan.

Antara tips yang aku guna pada permulaan perjalanan menyusu ini, screenshot dari sebuah video di facebook. Amat berguna tau, point pertama dan kedua di tekankan minda, emosi dan doa serta konsep demand vs supply. Tentang minda, bila kita berfikiran positif kita akan gembira, susu pon akan di proses dengan baik. Emosi pon berkaitan, bila kita enjoy the moment of bonding-bonding kita tak akan pernah lelah, terbeban mahupun tertekan. Yang supply vs demand pulak, yang aku belajar seawal kelahiran jangan mengepam, tapi lebihkan kepada direct feeding (df), sebab pengeluaran susu kita bergantung pada permintaan, masa ni perut baby kecik lagi. Kalau kita pam, tengok hasil sikit mesti kita akan kecewa, sedangkan memang itu demand anak kita. Selain itu, kita akan stimulate demand yang besar yang mungkin akan mengakibatkan bengkak susu atau oversupply.
Namun begitu, aku terpaksa mengepam jugak bila anak aku dimasukkan ke dalam wad kerana jaundisnya tinggi. Aku pam dan hantar susu ke hospital, tapi bila aku dapat bilik untuk tunggu anak aku, aku lebihkan df. Tapi ada jugak bengkak, tapi pam tak bawak. Makanya aku try marmet, iaitu memerah guna tangan, aku belajar dari gambar google ni. Alhamdulillah sangat membantu.

Sambil-sambil rehat di bilik yang disediakan aku ada baca tentang tanda-tanda baby lapar, jadi sebelum baby menangis atau mengamuk seeloknya kita offer untuk baby df, maksudnya susukan sebelum dia rasa lapar.

Part last, tips yang aku dapat dari group #bfmember, point ketiga tu. Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya anak cukup susu ke tidak kan. Maka aku belajar disini melalui warna najis anak. Aku akan pantau najis baby aku, kalau warna kuning keemasan bukan main suka gila macam nak bangun lompat bintang je. hehehe.. Tapi tak boleh la sebab tengah pantang lagi la.
Rasanya setakat tu dulu la perkongsian kali ni. Aku aplikasikan semua ni masa dalam pantang (60 hari), next aku akan cerita bila mula bekerja dan macam mana nak hantar ke pengasuh.
Ni budak kekenyangan lepas df, masa ni yang kena tahan wad sebab dia jaundis. Tengok la badan dia bukan main kuning lagi tu.