Sunday, July 13, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak join contest, Contest Duit Raya Casa Ombak yang dianjurkan oleh AkmaOmar [dot] com. Jom aku nak cerita dan kenal-kenal sikit dengan Ombak Creative ni.

OmbakCreative merupakan milik OmbakCretive Solution, iaitu syarikat 100% bumiputera. Mereka menjalankan akitiviti sebagai perancang perkahwinan bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan. Khidmat yang disediakan pulak merangkumi dari penjagaan diri untuk bakal pengantin, persiapan perkahwinan, catering & canopy, lokasi perkahwinan serta bermacam-macam lagi. Dan dengan pakej serta perkhidmatan yang ditawarkan bakal-bakal pengantin akan tersenyum berpuas hati dengan apa yang bakal OmbakCreative berikan, bersesuai dengan tagline mereka "YOUR TRUE EXPERIENCE".

Antara hasil-hasil dari OmbakCreative yang menarik hati aku ialah pelamin yang ini. Perghhhhh.... Memang sangat-sangat cantik. Suka sangat yang berjuntai-juntai tu. Walaupun pelamin aku nanti memang 100% tak akan macam ni, tapi apa salahnya kalau aku nak berangan-angan kan. Mak pesan, jangan membazir untuk benda yang bukan keperluan lainlah kalau ada yang nak sponsor (ceh, berangan retis pulak!) Untuk hiasan hantaran pun cantik-cantik jugak, tapi untuk yang diri sendiri nanti aku buat sendiri kot.  Tak apa cik kompas, dalam mimpi pun jadi lah..hihihihi...





Bersempena bulan ramadan ini, OmbakCreative juga ada menyediakan buffet ramadan iaitu Buffet Ramadan Casa Ombak. Buffet ramadan ini menyajikan aneka juadah berbuka puasa yang berkonsepkan masakan kampung. Harganya pula ialah RM5.00 nett untuk dewasa, manakala RM27.00 net untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Pastinya Buffet Ramadan ini menyediakan sesuatu yang istimewa untuk individu, keluarga serta kumpulan datang berbuka puasa dengan suasana taman yang santai dan segar. Kemudahan seperti tempat solat juga disediakan. Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan boleh hubungi;

Casa Ombak @ OmbakCreative
Call / Whastapp : Akma Omar 013 268 0001
Tel : 03 21818750
Call / Whastapp : 013 624 1417
Call / Whastapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative Page
Alamat : No. 22, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.


Peta untuk ke Casa Ombak

Tempat berbuka puasa yang dihiasi dengan suasana taman


Juadah berbuka berkonsepkan masakan kampung
Mereka sudah, anda bila lagi?
Setakat ini sahaja entri untuk contest ni, semoga berjaya!!

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

3 comments:

  1. Goodluck Cik Kompas ! Mudah2 an murah rezeki menang contest ni ya. Hehe

    ReplyDelete
  2. As salam. Selamat maju jaya dlm contest ini...Abe Kie singgah sini n follow. no 20. jemput ke blog sy. tq.

    ReplyDelete