Tuesday, March 25, 2014

Review my E-day 1 ~ Hantaran

assalamualaikum ^^
aku yang perasan tengah rajin ni nak review tentang majlis bertunang aku yang dah berbulan-bulan lamanya berlalu...walaupun dah lama, tapi nak jugak cerita..hahaha...

kisahnya bermula bila aku dirisik pada Februari 2013....masa mak en tunang datang, maka mak aku dan mak en tunang berbincang untuk mengikat hubungan kami...

so, tarikh yang dipilih ialah pada 18.08.2013, sepuluh hari selepas hari raya aidilfitri...majlisnya tak dak la besar mana pon, hanya keluarga dan sahabat terdekat saja..

kononnya aku nak jimat bajet, jadi terbuatlah keputusan untuk nak DIY..macam pandai ja padahal tangan pon langsung tak berseni, tapi tekad punya pasal aku buat ja...sebenarnya kakak-kakak aku tak berapa setuju, depa lagi prefer tempah kedai, senang cerita tak payah susah-susah...tapi aku terus tekad...konon-konon la...

mula-mula aku pop-up dalam kepala, macam angan-angan la, warna tema hantaran....jadi, warna tema yang menjadi pilihan aku ialah warna oren...ntah kenapa?aku pon tak tau...oren bukanlah warna kesukaan aku pon...tapi masa tu memang terlintas nak warna oren..kemudian cari kat google design-design yang aku rasa simple untuk dibuat..maka terhasillah hantaran-hantaran aku untuk pihak lelaki;

1) Buah-buahan


2) Kek



3) Coklat


4) Garam & Gula


5) Baju melayu & sampin (untuk akad nikah)

6) Blueberry cheese tart (30 biji)

7) Gubahan kuih bunga teratai


Gambar kesemua hantaran-hantaran untuk pihak lelaki


TOTAL KESELURUHAN HANTARAN DAN ISINYA = RM300.00+

Walaupun tak secantik mana, tapi kepuasan membuat sendiri tu yang buat aku rasa macam nak DIY lagi untuk wedding nanti...hahaha...tapi yang pastinya mesti dah tak rajin...gambaran dah ada dalam angan-angan, tapi mungkin mintak kawan aku yang tolong buatkan..banyak cantik kan...

2 comments:

  1. Sama la total hantaran untuk tunang tu.hehe RM300. Rupaya zyeera dah lama bertunang...best ya. Fiza baru dlm perancangan nak bertunang. huhu

    ReplyDelete
  2. hee..skali dgn barang atas dulang tu...sy bt besa2 ja...heee...aah, dh lama..kena abis study dlu baru boleh kawen >.<
    Semoga semuanya dipermudahkan untuk Fiza

    ReplyDelete