Monday, January 19, 2015

#2 Baju Nikah

Persiapan seterusnya baju nikah, tema pink putih (warna kegemaran aku tau)..encik tunang setuju apa..hehehe...untuk baju nikah, kain songket beli kat semua house, masa tu spontan beli sebab tengah cari sampin pink, alih-alih ada kain untuk buat baju baju yang sedondon dengan sampin tu..

Yang gambar kat atas tu idea untuk tema nikah aku...ala-ala sebagai rujukan la, hee...dan yang kat bawah tu, yang direalitikan..alhamdulillah..pss, encik suami, eratnya awak gengam tangan saya..tau la baru nikah..hehehe....

Kos untuk baju dengan tudung RM190, baju melayu dengan sampin dan songkok RM200..Untuk veil aku tu, FOC menang contest...wink..winkk...

#1 Kad Kahwin

assalamualaikum..lamanya tak dapat menulis..huhuhu..Lepas tamat ijazah memang habiskan masa sepenuhnya dengan keluarga, laptop pun tak menyempat untuk nak dibuka..plus dok belajaq uruskan bab-bab rumah tangga katakan..cewaahhhhh...mak kata, dah abis belajar, baru boleh kawen..yay..yay..yay..lepas dah abis belajar aritu, aku teruskan dengan rencana job seeking...memang bukan senang nak cari kerja semudah a b c...banyak jugak pergi interview, akhirnya yang pertama sekali pergi tu la yang dapat dan sampai sekarang masih keja kat situ..
Serentak tengah bekerja tu la aku kena fening-fening lalat uruskan bab kerja-kerja kahwin sendiri...encik tunang masih kat Lubnan..uwaaaa.....Jadinya aku mulakan persiapan dengan pilih kad kahwin dulu...aku tempah dengan SR Creative, boleh cari kt www.srcreative.com.my atau kat facebook dia..harga dia antara yang termurah yang aku bandingkan dengan beberapa pencetak kad kahwin yang lain..aku tempah 500 keping kad poskad sekeping depan belakang dengan harga RM130 termasuk sampul, dia siap bagi kad lebih 200 keping lagi..hahaha...tapi tak guna pun sebab memang bajet 500 panggilan sahaja...


Sunday, July 13, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak join contest, Contest Duit Raya Casa Ombak yang dianjurkan oleh AkmaOmar [dot] com. Jom aku nak cerita dan kenal-kenal sikit dengan Ombak Creative ni.

OmbakCreative merupakan milik OmbakCretive Solution, iaitu syarikat 100% bumiputera. Mereka menjalankan akitiviti sebagai perancang perkahwinan bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan. Khidmat yang disediakan pulak merangkumi dari penjagaan diri untuk bakal pengantin, persiapan perkahwinan, catering & canopy, lokasi perkahwinan serta bermacam-macam lagi. Dan dengan pakej serta perkhidmatan yang ditawarkan bakal-bakal pengantin akan tersenyum berpuas hati dengan apa yang bakal OmbakCreative berikan, bersesuai dengan tagline mereka "YOUR TRUE EXPERIENCE".

Antara hasil-hasil dari OmbakCreative yang menarik hati aku ialah pelamin yang ini. Perghhhhh.... Memang sangat-sangat cantik. Suka sangat yang berjuntai-juntai tu. Walaupun pelamin aku nanti memang 100% tak akan macam ni, tapi apa salahnya kalau aku nak berangan-angan kan. Mak pesan, jangan membazir untuk benda yang bukan keperluan lainlah kalau ada yang nak sponsor (ceh, berangan retis pulak!) Untuk hiasan hantaran pun cantik-cantik jugak, tapi untuk yang diri sendiri nanti aku buat sendiri kot.  Tak apa cik kompas, dalam mimpi pun jadi lah..hihihihi...





Bersempena bulan ramadan ini, OmbakCreative juga ada menyediakan buffet ramadan iaitu Buffet Ramadan Casa Ombak. Buffet ramadan ini menyajikan aneka juadah berbuka puasa yang berkonsepkan masakan kampung. Harganya pula ialah RM5.00 nett untuk dewasa, manakala RM27.00 net untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Pastinya Buffet Ramadan ini menyediakan sesuatu yang istimewa untuk individu, keluarga serta kumpulan datang berbuka puasa dengan suasana taman yang santai dan segar. Kemudahan seperti tempat solat juga disediakan. Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan boleh hubungi;

Casa Ombak @ OmbakCreative
Call / Whastapp : Akma Omar 013 268 0001
Tel : 03 21818750
Call / Whastapp : 013 624 1417
Call / Whastapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative Page
Alamat : No. 22, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.


Peta untuk ke Casa Ombak

Tempat berbuka puasa yang dihiasi dengan suasana taman


Juadah berbuka berkonsepkan masakan kampung
Mereka sudah, anda bila lagi?
Setakat ini sahaja entri untuk contest ni, semoga berjaya!!

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Friday, July 4, 2014

Menang contest bulan Jun

Assalamualaikum...salam ramadhan semua...

Haritu ada join beberapa contest. Cik kompas menang tau, yahoooooo!!!!!

Contest pertama ialah Hadiah buat raja sehari dari TheshopAblog
Alhamdulillah, cik kompas dapat tempat kedua.. Memang yang diidam-idamkan.. Cik kompas nak sangat-sangat dapat hadiah handbouquet... Akhirnya tercapai jugak.. Tahniah buat Aini, tempat pertama dan Fiza, tempat ketiga..

Flower crown headbands tajaan TheshopAblog.

Handbouquet tajaan Azmah Ahmad Wedding Deco Event.
Seterusnya, Post & Like Contest sempena Promosi bulan Jun 2014 Harga Koyak Rabak Door Gift Yasin / Asmaul Husna Serendah RM1 yang dianjurkan oleh Ixorra Bazar Door Gift Page. Untuk contest ni pun cik kompas dapat tempat kedua juga.. Hadiahnya berupa 500 pcs pocket calendar.


Design yang menjadi pilihan hati 

Wording tu rasanya nak tulis,
Raikan cinta
Rashid & Nazirah
00.12.14
Alhamdulillah, syukur tak terhingga..Terima kasih kawan-kawan yang sudi tolong like untuk contest yang cik kompas masuk ni...

Saturday, June 21, 2014

Hadiah dah sampai!

Assalamualaikum...

Heee....Tak sangka, kejap ja dah nak dekat end of June.. Rasa baru ja masuk bulan June, pejam celik pejam celik dah 21hb dah..Esok 22 June, so? Maksudnya apa? Heeeeeeee...... Genaplah 8 bulan encik tunang aku dekat Lebanon, 4 bulan lagi untuk dia balik ke tanah air...Dah tak lama dah tu, sabaq sikit lagi cheq no!!huuu....Berpisah jauh selama 1 tahun ni hanya whatapps la yang menjadi penghubung kami..

Ok! Next, back to the topic, heee.... Beberapa hari yang lepas encik posmen datang hantar parcel untuk aku. Alhamdulillah, hadiah untuk contest Like, Share & Win kat pages Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event sudah sampai..Agak lambat sikit sebab parcel tu dah terlajak dihantar ke Terengganu dahulu baru la sampai ke Perlis..

Dan, jeng jeng jeng...........


Sebenarnya yang aku dapat ni shawl sulam qaseh, tapi aku ni mana la reti pakai shawl, jadinya saja-saja cuba buat ala-ala veil...kehkehkeh....Muka kena blurkan la sebab segan ehh, gambaq selfie cheq kot tu, malu...btw, shawl ni besar, apa orang panggil, wide shawl gitu, cheq mana tau tak penah pakai...heee... Kain dia plak jenis hat lembut, selesa la kalau pakai.. Atas cadangan kawan, dia kata boleh hias-hias tampal labuci dengan bunga macam dia buat untuk veil nikah dia.. Erk! Dia tak pa la kreatif, aku ni, habuk pun tadak...hahaha...

Wednesday, May 28, 2014

Contest untuk bakal-bakal pengantin

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, hari ni aku dah selesai final exam untuk semester 8, setelah 4 aku bertungkus lumus jatuh bangun kat rantau orang ni (Terengganu ja pun!!)... hahahahaa...Bajet merantau jauh gila la tu...macam nak jerit kuat-kuat, yaaaaaaaayyyyyyy!!!!!!!!!!!! horeyyyyyyyy........Degree dah abissss!!!!

Tapi..............Tapi..........

STOP! Tak payah nak syoq sangat la cik kompas oiii....Thesis writting hang nak campak mana, huh???esok due date dah tau!!!Aduhai, baru rasa nak tarik nafas lega jap, berderet-deret paper aku lalui tanpa henti, tapi tak boleh lagi la nampaknya...Thesis tak siap lagi, tak hantar thesis tu, tak grad la aku jawabnya... pfffuuuuuhhhhhh.....*sigh*

25, 26, 27, 28 Mei ~ paper aku berturut-turut, 29 Mei pulak kena hantar thesis (=.=") dan yang paling best sekali, 3 & 4 Mei ni VIVA untuk final year project (FYP) aku tu..Deborrr wehhhhh.......

Ok, berbalik pada tajuk post aku ni, aku yang perasan konon-konon nak "release tension" ni nak ajak semua bakal-bakal pengantin untuk join contests..Panjang-panjang aku membebel, nak cerita yang ini sebenarnya..hehehehe....Jom, jom, jom...heeee...

Yang pertama contest dari RISYA Wedding Planner, hadiah dia grand sangat-sangat...Mesti putih mata kalau tak join, hadiahnya ialah di sposor pelamin seperti dalam gambar contest tu untuk seorang manakala setiap peserta yang menyertai akan diberi baucer diskaun RM350 untuk pakej pelamin...Makanya, B2B tahun 2014~December2015 apa lagi, jom cepat kita join... heee

Seterusnya yang kedua ialah, jeng jeng jeng......Contest dari Kerja kahwin dan hadiahnya pula ialah percuma pre-wedding shoot in white studio oleh EDDIE PHOTOVIDEO untuk tiga pasangan...Wow!!!! Best kan? kan...kan...kan....

Haaa....Apa tunggu lagi, jom pakat masuk contest ni B2B sekalian...

Thursday, May 22, 2014

Giveaways contest like, share & win

Assalamualaikum...
Dikesempatan yang ada, aku curi-curi masa lepas dah penat menelaah untuk update blog ni ha...hehehe...Berpinar-pinar dah mata ni menghadap nota-nota yang bertimbun kat atas meja ni, minggu depan dah mula final exam, tapi aku masih main-main lagi..ish,ish,ish...nak kena babab ni!!!

Ok, isi utama yang aku nak sampaikan kat sini berkenaan lagi satu Giveaways contest yang aku masuk, alhamdulillah rezeki aku lagi nampaknya...Petang tadi tengok dekat inbox, penaja contest Like, Share & Win kat pages Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event pm aku.


Alhamdulillah, syukur...syukur.. Ni gambar yang aku dok share kat wall masa contest hari tu. Dp facebook aku tu pun tak tukar lagi tu..Dp tu gambar pameran pengantin punya la sebagai syarat penyertaan aku dalam contest tu.


Hadiahnya shawl sulam tebuk kebaya nyonya atau shawl sulam qaseh...amboi, bukan main gojes lagi nama dia no! Meh tengok sikit gambar dia..hehehe...Ada banyak warna sebenarnya, tapi I wish that I could get this colour ^^