Saturday, May 17, 2014

#3 Aku dan encik tunang

Kesedihan aku dan dia tak dapat dibendung. Masing-masing tak dapat nak buat macam mana. Sedih-sedih aku, terubat sikit sebab dapat balik kampung, tapi dia dah la jauh dari keluarga, kena putuskan pulak hubungan sebab mak sendiri tak restu. Sepanjang tempoh tu aku banyak diam, dia pun sama..Masing-masing buntu..Dia nak aku, tapi mak dia tak bagi, dia nak aku, tapi dia tak boleh tak dengar cakap mak dia..hurmmmmmm...Ni lagu yang dia selalu nyanyi selepas hubungan kami dapat diselamatkan..Sebelum ni aku tak perasan pun lirik lagu ni tentang apa.. Tapi sejak dia berjauhan dengan aku, kalau teringat dia aku selalu la dok dengar lagu kesukaan dia ni, perlahan-lahan aku cuba faham bait-bait lirik lagu ni..Patut la dia suka sangat nyanyikan kat aku dulu lagu ni, sebab lirik lagu ni seperti luahan hati dia tentang kami...Encik tunang, terima kasih sebab sayang saya ye dan berusaha sampai tahap kita yang sekarang...Saya disini menanti kepulangan dirimu ke tanah air dengan sabar...


Samudera - Sudah Takdir Begitu

Hidup ibarat didalam sangkar
Mata terlepas batinku tersiksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara


Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu ditaman hatiku
Kepada Tuhan kuterus berdoa
Agar kembali ketenangan


walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya kuulangi
Saat yang indah bersama dirimu


Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula
Ikatan yang telah putus dulu


Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kitapun masih saling merindu
Kerana sudah takdirNya begitu









#1Perkenalan aku dan encik tunang
#2 Aku dan encik tunang

No comments:

Post a Comment