Thursday, May 15, 2014

# 2 Aku dan encik tunang

Selepas raya 2008, itulah kali terakhir aku jumpa dia. Lepas tu masing-masing buat hal sendiri. Aku masa tu tengah terbuai-buai bercinta. Maklum la cinta pertama aku, zaman remaja sekitar 18, 19 tu memang hati meronta-ronta nak tau apa rasanya menyayangi dan disayangi..cewahhh...konon la..Tapi bila fikir-fikir balik, ermm...buang masa dan sakit hati ada la...krik...krik...krik...Tak la, sakit hati sebab kena putuskan percintaan tu la.Sakit ooo, jiwa merana, dok asyik rindu ja walaupun dah putus, kan..kan..kan..Satu tahun jugak la aku ambik masa untuk 100% lupakan percintaan pertama aku.. Dan disaat 80% aku dok usaha untuk lupakan tu, dia muncul tiba-tiba...

Mula-mula macam biasa la, kan slalu dia dok mesej tanya khabar keluarga dan semua-semua.. Tapi kali ni kami terus menerus berhubung satu sama lain. Aku kan memang dah sedia rapat dengan dia, cuma jarang berhubung ja. Mesej, bergayut, chatting kat facebook, haaa, itu la permulaan kami, kalau tak silap aku dalam pertengahan Julai 2011.. Kenapa la dia ada banyak sangat masa lapang kan? Sebab, masa tu dia kena hantar balik rumah sebab alami kecederaan dalam latihan komando ke apa tah..Aku pulak masa tu tengah cuti semester, memang cantik la peraturan masa yang ALLAH tetapkan buat kami..Jadi, mula dari situ la aku dan dia makin rapat..


Aku pada mulanya memang cuba untuk tak mau bercinta lagi, dan aku bagitau dia. Aku cakap serik sangat bercinta, sebab pengakhirannya sakit ja. Buat apa cari nahas buat hati kita terluka pedih..huhuhu...Jiwang la aku ni, hurmm....Tapi aku selalu pegang prinsip, bila dah ada hubungan dengan seseorang tu, biar la jadi sampai ke pernikahan kan.. Ni bila bercinta sepenuh jiwa, kesudahnya putus, hati terluka ooo...Jadi perhubungan aku dengan dia dibatasi oleh satu tembok, aku tak mau bercinta lagi sebab serik..Nekad gila bakhang!! Tapi apakan daya aku kan, makin lama kami berhubung, makin sayang aku kat dia..Bayangkan kalau tiap-tiap hari dia telefon, tak ke terjatuh hati ni bila dah dok sembang kan..

Ego mengatasi sayang aku tu, aku cuba sembunyi tapi tak bagi dia, dia yang pertama dulu meluahkan yang dia dah jatuh hati dan sayang kat aku..So what???hahaha...Aku jawab, "malas la nak sayang-sayang ni, orang dah serik la nak bercintan cintun bagai, nanti kalau tak jadi buat sakit hati ja, kesian kat hati orang kena double blender, dah lumat dah tau..Kalau betul-betul nak, pi habaq kat mak, mintak elok-elok..Tapi jangan buat haru dok pi mintak la ni, orang baru semester 3, ada 5 semester lagi nak blajaq..Kalau nak mak ligan kita keliling kampung dengan parang buat la"..hahaha...itu ja yang aku jawab dan lepas tu isu ni tak pernah dibangkitkan lagi..Hubungan kami tergantung takat tu, entah la apa statusnya.


Masa berlalu, dari 2011 masuk ke 2012, dan hati ni makin lama makin bertambah-tambah sayang, tapi malas nak mengaku, saja buat-buat bodo tak mau peduli..Tapi kadang-kadang tu aku dok tanya-tanya jugak dia dah bagi tau belum kat mak dia tentang aku..Jawapannya, tak lagi, ishh....Dia ni betul-betul tak nak kat aku ni, nak tarik balik perasaan sayang ni, dah memang tak boleh dah, sebab dah terlajak jatuh cinta dah..huhuhu...Hujung 2012 titik permulaan kisah kami, dia balik kampung masa tu dan bagi tau kat mak dia yang dia nak kat aku..Tapi mak dia tak bagi sebab takut mak aku tak terima, alasannya ketiga-tiga adik beradik aku semua masuk universiti, takut tak padan pulak dengan dia.

Masa tu dia tak bagi tau aku, dia gantung aku macam tu ja...Langsung tak berhubung dengan aku, masa tu aku pelik la, kenapa dia ni bila balik kampung terus tinggal aku macam tu je..Sedih sangat masa tu..Sampai hati dia buat aku macam tu...Dia cakap dia buntu masa tu, tak tahu nak terangkan kat aku macam mana, bagai ditelan mati anak, diluah mati mak.. Aku ni macam orang gila tiap-tiap hari mesej, call, langsung dia tak balas dan angkat...Perangai encik tunang memang macam ni, dia marah ka, sedih ka, dia lebih suka diam..Akhirnya lepas aku dok mesej banyak-banyak kali, dia pon balas dan saat aku baca mesej tu, telefon di tangan aku terjatuh.."Abang mintak maaf, kita tetap kawan"

Aku terus call dia, dia angkat, dan aku terus mintak penjelasan dari dia, dia cakap mak tak setuju kita dua. Terjelopok aku jatuh masa tu, air mata mengalir keluar, kenapakah? Masa ni baru aku sedar yang aku teramat sayang akan dia... Sebabnya, tanpa aku sedar air mata aku keluar sendiri.. Bukannya aku menangis sebab sedih ka atau kecewa, tapi itu merupakan reaksi tanpa sedar aku apabila mendengar bait-bait kata sebentar tadi yang diungkapkan oleh dia...Air mata mengalir dan terus mengalir tanpa dapat aku bendung, nak cakap dengan dia pun dah tak boleh sebab aku dah mula tersedu-sedu...Aku macam baru sedar, yang aku baru ja nak bermula rasa sayang kat dia tapi dah kena buang jauh-jauh pulak.


Hari yang dia bagitau aku tu 31 Disember 2012, dan 01 Januari 2013 adalah hari pertama dimana aku akan menduduki peperiksaan akhir semester 5. Alhamdulillah aku masih dapat mengawal diri, cuma linangan air mata yang tak dapat dibendung jesteru menemani aku saat-saat mengulangkaji.. Masa tu, aku dok berdoa ja, kalau dia bukan jodoh aku, biar la rasa ni cepat-cepat pergi, aku redha...Kami sama-sama nekad untuk redha, aku cakap, taat la dengan mak, lagi pun dia hanya ada mak ja, ayah dah tak da, kalau cinta boleh diusahakan lagi..Dia tetap mesej aku, kami perlu masa untuk cuba melupakan rasa di hati masing-masing..Yang memedihkan hati aku, bila dia cakap mak dia bawak dia pi kenalkan dia kata wanita lain..

Perit untuk aku telan semua tu, tapi aku diam dan bersabar... Sebelum dia balik semula ke Sarawak, dia sempat mintak kawan dia kenalkan dia dengan mana-mana perempuan, dan ya, dia mula berkawan dengan seseorang ni...Dan untuk mengubati kedukaan hatinya sebab tak direstui dengan aku, dia berkawan dengan perempuan tu untuk betul-betul dijadikan bakal isteri..Cukup pedih hati ini, dia cakap, dia mungkin nak cari bakal isteri nanti macam aku jugak...Sedihnya hati ni, perasaan ini lah yang aku tak mau rasa dulu, kekecewaan, kelukaan, sakitnya..Hadiah hari lahir aku yang ke 23, amat berat untuk aku terima, dan setelah selesai peperiksaan akhir aku pun membawa diri balik ke kampung halaman dengan hati yang berduka...


# 1 Perkenalan aku dan encik tunang

No comments:

Post a Comment